Kamis, 09 Oktober 2014

Abby Abadi Muat Naik Screenshot Perbualan "CO CUWEET" Bersama Bekas Suami

Teruknya kehidupan selebriti bernama Abby Abadi ini seringkali menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air. Apa saja yang dimuat naik dilaman sosial pasti akan menjadi bualan. 

Mana taknya, baru je kami nak keluar lunch, kami dapat kiriman emel mengenai berita sensasi yang mengatakan pengikut Instagram ibu tunggal ini menginginkan dia bersatu kembali dengan bekas suami. 

Bekas suami yang mana satu? Hehe, dah tentulah Norman Hakim. Pelik tapi benar. Itulah yang menjadi persoalan dalam hati kami hingga kini. 




Kalau korang nak tahu, Abby ada memuat naik screenshot perbualannya bersama Norman Hakim tau. Sebenarnya dalam perbualan tersebut, Norman memberikan nasihat dan semangat buat Abby. 

Iyalah, ketika ini kan Abby berdepan dengan pelbagai dugaan, termasuklah kes bekas suaminya, Farhan. Jadi, kami rasa sebagai bapa kepada anak-anak Abby, mungkin Norman rasa bertanggungjawab memberikan kata-kata semangat. 

Tetapi, nampaknya pengikut Abby seronok melihat foto tersebut hingga ada yang mendoakan Norman dan Abby kembali bersama. Ayyooo..bukannya kami tak setuju, tapi apa pula kata Memey Suhaiza nanti?




Tidak ada komentar:

Posting Komentar